Kg Luagan-1 April 2012- Hasrat penduduk Kampung Luagan untuk melihat kewujudan jalan pintas antara Kampung Luagan dan Jalan Banting mungkin akan menjadi kenyataan berikutan kesungguhan Pegawai daerah Sipitang Encik Latip Bin Lamat yang mahu projek berkenaan diberi keutamaan. Sumber dari Pejabat daerah Sipitang menyebut cadangan projek berkenaan kini sudah berada di tahap akhir pertimbangan untuk kelulusan.
Latip Lamat
Turut mengiringi beliau ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN N28 Sindumin Encik Abd Rahman Mohd Noh . Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa pembinaan jalan berkenaan dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Katanya oleh kerana pembinaan jalan berkenaan dikategorikan sebagai keperluan mendesak, maka keutamaannya adalah untuk membina jalan gravel terlebih dahulu. Jika peruntukan mencukupi baharulah ia akan ditar. Beliau menambah, projek pembinaan jalan ini amat mendesak kerana setiap kali Sungai Mengalong Melimpah, jalan sedia ada yang menghubungkan Kampung Luagan dengan Sipitang tidak dapat dilalui kenderaan. Keadaan ini boleh mengundang padah khususnya apabila berlaku kecemasan kerana jalan sedia ada merupakan satu-satunya jalan keluar penduduk ke Sipitang yang boleh dilalui kenderaan.
Suatu yang sememangnya ditunggu-tunggu. terima kasih kepada semua yang perihatin...
ReplyDelete