Saturday 25 August 2012

PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA SINDUMIN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 ANJURAN KRT KAMPUNG LUAGAN SINDUMIN, SIPITANG, SABAH


 
Pengerusi Penganjur  (Untuk sebarang pertanyaan )

: SAMRAH BIN HJ AG DAMIT/ samrah6019@gmail.com



TARIKH    :  25  OGOS 2012

HARI        : SABTU

MASA      : 8.00 PAGI-10.00 PAGI

TEMPAT : SUNGAI MENGALONG ( KG LUAGAN )

 

YURAN : RM2.00 ( 1 PANCING) -MAKSIMUM 2 PANCING SEORANG PESERTA

 

 

KATEGORI : 1. IKAN

                      2. UDANG

 

HADIAH  UNTUK KATEGORI UDANG :

1.    RM 120.00

2.    RM  80.00

3.    RM  60.00

4.    RM  40.00

  

HADIAH UNTUK KATEGORI IKAN :

 

1.    RM120.00

2.    RM  80.00

3.    RM   60.00

4.    RM   40.00

 

·         Hanya SPESIS udang dan ikan sahaja yang akan diadili dalam pertandingan ini. Hasil tangkapan lain seperti Tambuakar, Naga, Buaya, Biawak, Kura-kura, Labi-Labi, Ular, Duyung, Katak, Tangkuyung, Ketam  dan sebagainya tidak akan diadili.

·         Peserta yang melakukan sebarang bentuk penipuan akan DIBATALKAN PENYERTAANNYA.

 

 

 

“Selamat memancing dengan penuh semangat muhibah dan perpaduan”

 

  

Sunday 15 April 2012

Hj Miri Hj Sunting Meninggal Dunia

Oleh : KL Admin.

Kg Luagan, 15 April 2012- Tuan Hj Miri Hj Sunting telah meninggal dunia hari ini akibat sakit kuat. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Pekan Sipitang berdekatan Pantai Merintaman pada kira-kira jam 6.15 petang tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang soleh...Amin...



Admin Kampung Luagan mengucapkan takziah
 kepada ahli keluarag Allahyarham Hj Miri Hj Sunting


Wednesday 11 April 2012

Jalan Pintas Luagan-Banting bernilai RM4 Juta akan dibina?

Oleh : KL
Kg Luagan-1 April 2012- Hasrat penduduk Kampung Luagan untuk melihat kewujudan jalan pintas antara Kampung Luagan dan Jalan Banting mungkin akan menjadi kenyataan berikutan kesungguhan Pegawai daerah Sipitang Encik Latip Bin Lamat yang mahu projek berkenaan diberi keutamaan. Sumber dari Pejabat daerah Sipitang menyebut cadangan projek berkenaan kini sudah berada di tahap akhir pertimbangan untuk kelulusan.


Latip Lamat
     Beliau dilaporkan telah turun padang melihat dan mendengar rintihan penduduk baru-baru ini sehari selepas dimaklumkan mengenai keperluan jalan ini kepada penduduk Kampung Luagan. Syabas dan tahniah kepada beliau dan pegawai-pegawai berkaitan yang turun padang melihat keadaan sebenar. Inilah contoh dan teladan terbaik kepimpinan seorang pemimpin yang dikehendaki oleh rakyat.

     Turut mengiringi beliau ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN N28 Sindumin Encik Abd Rahman Mohd Noh . Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa pembinaan jalan berkenaan dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Katanya oleh kerana pembinaan jalan berkenaan dikategorikan sebagai keperluan mendesak, maka keutamaannya adalah untuk membina jalan gravel terlebih dahulu. Jika peruntukan mencukupi baharulah ia akan ditar. Beliau menambah, projek pembinaan jalan ini amat mendesak kerana setiap kali Sungai Mengalong Melimpah, jalan sedia ada yang menghubungkan Kampung Luagan dengan Sipitang tidak dapat dilalui kenderaan. Keadaan ini boleh mengundang padah khususnya apabila berlaku kecemasan kerana jalan sedia ada merupakan satu-satunya jalan keluar penduduk ke Sipitang yang boleh dilalui kenderaan.

Friday 6 April 2012

Sudah Lebih Sebulan Air Paip Kotor (Kabut)

Kampung Luagan- Masalah air paip yang tidak bersih atau lebih tepat lagi tidak jernih, kini berulang lagi di Kampung Luagan dan kawasan berhampiran. Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan kejadian ini. Yang pasti sudah lebih sebulan masalah ini dihadapi penduduk. ( sejak 10 Mac 2012 sehingga hari ini -6 April 2012 ( Esok belum tahu...)
       Apa dah jadi? tiada carakah untuk mengatasi masalah ini? rakyat guna air bukannya percuma, tapi kena bayar. Dah sebulan rakyat bayar air yang sama kualitinya dengan air sungai yang diambil dengan gayung . Samalah seperti 40 atau 50 tahun dahulu. Fikir2 kanlah wahai pihak bertanggung-jawab. Jangan sampai rakyat buat perhitungan yang salah pada pilihanraya yang akan datang, hanya gara-gara masalah yang sebegini. Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti adalah wakil rakyat. Sedangkan wakil rakyat dah berusaha untuk meningkatkan kualiti air di daerah ini. Tak kanlah nak suruh wakil rakyat bekerja di loji air pula.
       Memang benar, pengurusan air di daerah ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi tiada ertinya kalau air yang dibekalkan tidak bersih sedangkan kos menaiktaraf bekalan air di Sipitang menelan belanja lebih 100 juta termasuk pembinaan loji baru dan menganti paip lama.

"Keruh (kabut)...", beginilah keadaannya air yang diambil dari paip rumah penduduk



"Perbezaan yang ketara...", dua gelas air yang menunjukkanperbezaan  air bersih dan yang kotor. Air yang kotor diambil dari paip. Manakala air bersih merupakan air yang diambil dari  tangki (stok simpanan air)



Saturday 10 March 2012

Rumah Terbakar

Sebuah rumah penduduk terbakar pada 25 Desimber 2011 ( kira-kira jam 2.15 petang). Rumah di bawah skim PPRT itu merupakan milik pasangan Ali dan Milah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.