Kampung Luagan- Masalah air paip yang tidak bersih atau lebih tepat lagi tidak jernih, kini berulang lagi di Kampung Luagan dan kawasan berhampiran. Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan kejadian ini. Yang pasti sudah lebih sebulan masalah ini dihadapi penduduk. ( sejak 10 Mac 2012 sehingga hari ini -6 April 2012 ( Esok belum tahu...)
Apa dah jadi? tiada carakah untuk mengatasi masalah ini? rakyat guna air bukannya percuma, tapi kena bayar. Dah sebulan rakyat bayar air yang sama kualitinya dengan air sungai yang diambil dengan gayung . Samalah seperti 40 atau 50 tahun dahulu. Fikir2 kanlah wahai pihak bertanggung-jawab. Jangan sampai rakyat buat perhitungan yang salah pada pilihanraya yang akan datang, hanya gara-gara masalah yang sebegini. Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti adalah wakil rakyat. Sedangkan wakil rakyat dah berusaha untuk meningkatkan kualiti air di daerah ini. Tak kanlah nak suruh wakil rakyat bekerja di loji air pula.
Memang benar, pengurusan air di daerah ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi tiada ertinya kalau air yang dibekalkan tidak bersih sedangkan kos menaiktaraf bekalan air di Sipitang menelan belanja lebih 100 juta termasuk pembinaan loji baru dan menganti paip lama.

"Keruh (kabut)...", beginilah keadaannya air yang diambil dari paip rumah penduduk
"Perbezaan yang ketara...", dua gelas air yang menunjukkanperbezaan air bersih dan yang kotor. Air yang kotor diambil dari paip. Manakala air bersih merupakan air yang diambil dari tangki (stok simpanan air)
No comments:
Post a Comment