Sebuah rumah penduduk terbakar pada 25 Desimber 2011 ( kira-kira jam 2.15 petang). Rumah di bawah skim PPRT itu merupakan milik pasangan Ali dan Milah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Saturday, 10 March 2012
Kemalangan Ngeri
Pada tanggal 30 Mei 2011 berlaku satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Luagan iaitu antara sebuah lori dan sebuah motosikal. Dalam kemalangan ini salah seorang penduduk kampung putus tangan sebelah kanan . Manakala seorang lagi patah paha kanan. Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Walaumacamanpun, bak kata pepatah, "pantang maut sebelum ajal". Kedua-dua mangsa yang cedera parah kini telah pulih. Walaupun demikian salah seorang daripadanya telah kehilangan sebelah tangannya. Kita doakan semoga ia akan terus tabah menempuh perjalanan hidup seterusnya..Amin..
Mangsa kemalangan menerima rawatan dalam ambulan sebelum dikejarkan ke QEH Kota KInabalu
Friday, 9 March 2012
Pertandingan Memancing
Pertandingan memancing merupakan salah satu aktiviti yang paling popular diadakan di kampung ini. Aktiviti ini biasanya diadakan bersempena dengan suatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan acara-acara lain termasuklah apabila berlangsungnya majlis perkahwinan.
Kura-kura pun jadilah...!
Peserta Pertandingan Memancing Kategori Sungai
"kaki pancing...",Nenek Mimah merupakan peserta paling tua dalam pertandingan ini
Thursday, 8 March 2012
Korban Kampung Luagan
Banjir Besar Di Kampung Luagan Sindumin pada 28 Januari 2010
Penduduk Kampung Luagan meredah jalanraya yang ditengelam akibat banjir
"Menyedihkan...", Padi yang telah masak juga musnah dalam kejadian ini
Subscribe to:
Posts (Atom)